Searching...
Tuesday, 3 February 2015
06:31 0

Wajah Sebenar Suspek Yang Kelar Nursyuhada Johari Akhirnya Didedah !


Di antara Berita yg menjadi tajuk perbualan di setiap media cetak elektronik dan di setiap media sosial FB,Watsapps,BeeTalk,Wechat,Telegram,Line dan sebagainya..
Tidak kira juga…ia menjadi perbualan serta komen yg hangat sama ada dari rakan rakan yg mengenali mereka atau dari ahli keluarga yang jauh dan dekat malahan ia juga menjadi satu topik perbualan di kebanyakan group FB….
1-Takziah untuk seluruh keluarga Mangsa
2-Sedekahkan AL-FATIHAH untuk Mangsa
3-Banyakkan bersabar dan Redha buat kedua dua belah keluarga Mangsa dan juga Suspek di atas ketentuan Illahi.
4-Di minta Seluruh Masyarakat jangan membuat satu spekulasi yang salah tetapi banyakkan sedekah doa yang terbaik buat Mangsa dan untuk Suspek biarlah undang undang negara yang memutuskannya.

5-Jadikan Pengajaran dalam diri kita agar sentiasa memantau pergerakan anak anak kita dan seluruh ahli keluarga kita agar tidak menjadi mangsa atau menjadi suspek di belakang hari. Dipetik dari page Bagan Serai Kampungku








sumber - http://www.berita-harian.net/wajah-sebenar-suspek-yang-kelar-nursyuhada-johari-akhirnya-didedah/

Monday, 2 February 2015
22:23 0

WAJAH SEBENAR NURSYUHADA JOHARI, MANGSA KELAR


“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta...

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu...

selanjutnya disini
01:19 0

NURSE – HATI IBU MANA TIDAK HANCUR LULUH APABILA LIHAT SENDIRI AKSI ANAK DALAM KERETA TERSEBAR



Lagi aksi tidak bermoral seorang jururawat tersebar di laman sosial. Gambar menunjukkan jururawat tersebut sedang melakukan aksi memalukan di dalam sebuah kereta. Gambar-gambar ini dipercayai dirakam oleh teman lelakinya yang kemudiannya tersebar di internet.



Anak-anak muda zaman sekarang terutamanya remaja perempuan..semakin hari semakin berani melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri. Bukan sekadar berani melakukan aksi memalukan malah lebih berani muat-naik gambar-gambar tersebut di internet
01:08 0

Qu Puteh : "Saya dan ibu hilang punca rezeki secara tiba-tiba"


Jangkaan mengenai personaliti wanita ini yang kurang peramah agak tersasar jauh.
Ditambah pula dalam gemerlapan populariti yang dilimpahinya bukan sedikit, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman melangkaui apa yang disangkakan pada awal pertemuan.

Sebelum ini, nama wanita berusia 43 tahun ini asyik disebut-sebut. Gara-gara melabur RM3 juta untuk menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), impak produknya,

Qu Puteh menjadi fenomena yang luar biasa. Hasmiza yang popular dengan gelaran Datuk Vida itu tidak dapat lari daripada menjadi kutukan segelintir masyarakat apabila dia dituduh gila glamor apabila mengiklan diri dan produknya secara berlebihan ketika siaran langsung AJL29.

Apatah lagi dengan tanggapan suka menunjukkan kemewahan barang kemas dan baju mahal, Ketua Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn. Bhd. ibarat tidak bernyawa apabila diserang dari kanan dan kiri.


"Memang susah buat saya kerana gaya hidup saya sangat bertentangan dengan anggapan orang ramai dan apa yang mereka lihat di kaca tv.


"Saya sebenarnya seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Saya bukan suka sangat nak pakai baju manik merlip dan muncul dengan penampilan sebegitu.


"Semuanya saya lakukan kerana identiti untuk produk saya dipromosi. Saya kena ada kelainan penampilan, baru orang ingat jenama produk saya," katanya tersenyum manis. 

Kata ibu kepada empat anak ini, dia sebenarnya tidak kisah untuk membeli apa jua barang walaupun tidak berjenama asalkan ia nampak cantik dan sedap mata memandang.


"Saya juga jenis tidak kisah makan di mana-mana. Gerai bawah pokok saya pergi hari-hari kalau sudah sedap. Pernah saya ketagih sangat dengan nasi vanggey.


"Buat apa nak malu. Saya pun tidak obses dengan kereta sport mewah. Cukup sebuah kereta yang selesa untuk saya berjalan jauh dan dapat berehat dan tidur sekejap," katanya bersungguh-sungguh dalam nada yang penuh teruja ketika ditemui ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak baru-baru ini.



Menyambung perbualan yang semakin rancak, Hasmiza memberitahu kesukaran hidupnya melalui pelbagai pahit getir untuk berada pada tahap hari ini mengajarnya untuk tidak meninggi diri.



Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.


"Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.


"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.


"Ini kerana saya selalu fikir saya bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.

Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.


Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.


"Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.


"Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.


"Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.


Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.


"Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh," katanya rancak bercerita.


Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.


Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.


Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.


Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).


Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.


Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.


"Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.


"Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.


"Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota," katanya serius.


Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.


Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.


Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.


Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.


Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.


"Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.


"Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.


Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.


Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.


Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.


Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.


Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.

"Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.


"Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti," katanya sayu.katanya sayu.

Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.


Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.


Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.

Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.


Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.


Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.


"Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.


"Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya. 

- MalaysiaGazette
00:59 0

Akhirnya Alyah Kongsi Gambar Selfie Atas Katil Dengan Ramli MS Tersangat Romantik



Susulan kontroversi sekeping gambar Ramli MS bersama seorang wanita misteri bernama Siti Hafilah dimuatnaik oleh Alyah di akaun Instagram peribadinya semalam, kisah rumahtangga mereka menjadi topik perbualan hangat orang ramai.


Dalam kenyataan terbaru, Alyah menafikan suaminya, Ramli MS sudah berkahwin lain dan memberitahu dirinya hanya terlalu beremosi sehingga berani berkongsi gambar itu.

Nah... sebagai bukti bahawa hubunganya dengan Ramli MS bahagia dan baik-baik sahaja, Alyah telah memuatnaik sekeping gambar selfie romantik dengan Ramli MS.


Kalau tak salah kami, semalam merupakan kali pertama Alyah memuat naik foto penuh bersama Ramli MS. Namun, caption foto tersebut agak memilukan hati seorang wanita.

"Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.

Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.

Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar."

Sunday, 1 February 2015
18:37 0

Foto meletop Emma Maembong di Majlis Resepsi Perkahwinan Eina Azman


Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Eina Azman dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan sebuah majlis resepsi bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.
Paling yg memeranjat ialah gambar terkini Emma Maembong.. Lihat FOTO disini


17:30 0

Majlis 'Baby Shower'


Ramai melemparkan komen negatif berkenaan majlis 'Baby Shower' tersebut yang dikatakan tidak Islamik dan lebih baik kelahiran anak itu disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat. Melalui akaun Instagram beliau, Satu perkara yang mengemparkan  SELANJUTNYA FOTO GEMPAR DISINI